The community has a role to play in tackling issues of family violence

The following piece is an op-ed on family violence by Senior Parliamentary Secretary for Social and Family Development Associate Professor Muhammad Faishal Ibrahim which was published in Berita Harian on 25 September 2018. The English translation is appended below for reference.


Masyarakat punya peranan tangani isu keganasan keluarga

BARU-BARU ini, saya hadiri satu persidangan anjuran Rumah Wanita Casa Raudha mengenai keganasan rumah tangga.

Ini mencetuskan satu siri sinopsis yang ingin saya ketengahkan di sini.

Sebagai seorang kanak-kanak, saya sering mendengar pepatah orang-orang tua “Jangan masuk campur hal orang lain”.

Bagi mereka, menolak rasa ingin tahu kanak-kanak dengan memberitahu mereka supaya jangan jaga tepi kain orang adalah lebih mudah daripada melibatkan mereka dengan urusan orang lain.

Saya selalu merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan nasihat sebegini. Meskipun kita mahu memastikan anak kita selamat dan terhindar daripada orang yang tidak dikenali, kita juga mahu mereka menjadi baik, berhati perut dan mempunyai perasaan ihsan.

Daripada memberitahu anak kita supaya tutup mata terhadap masalah orang lain, kita perlu mengajar mereka supaya buka mulut jika ternampak perbuatan salah laku sejak kecil.

Ini penting lebih-lebih lagi sekarang ini kerana saya lihat dan dengar kes keganasan rumah tangga. Semuanya berlaku di belakang pintu tertutup.

Dan yang paling menyayat hati saya ialah apabila ia melibatkan kanak-kanak dan anggota keluarga yang terdedah kepada bahaya tersebut dan tidak berupaya melindungi diri mereka sendiri.

PENDERAAN MENYAKITKAN

Malangnya, sesetengah kanak-kanak menjadi mangsa perbuatan orang yang sepatutnya memberi mereka kasih sa yang dan perlindungan – ibu bapa dan anggota keluarga mereka.

Keganasan yang dilakukan berupa penderaan secara fizikal, pengabaian atau penderaan seksual, yang bukan saja mengakibatkan kecederaan tetapi juga menjejas emosi dan/atau psikologi kanak-kanak.

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut menampilkan kadar kognitif yang lebih tinggi dan keadaan psikologi dan emosi yang mencabar.

Dalam beberapa kes, kita melihat generasi keluarga yang membesar dengan penderaan. Dan lingkaran itu terus berputar.

Baru-baru ini, rakan-rakan saya berkongsi dengan saya cerita sedih seorang wanita bernama Lydia (bukan nama sebenar), ibu yang begitu menyayangi anak kecilnya.

Lydia yang menjadi mangsa penderaan suaminya, terpaksa melarikan diri ke rumah perlindungan bersama anaknya itu.

Mereka tinggal di sana selama beberapa bulan, di mana beliau mendapat pekerjaan yang stabil dengan bantuan rumah perlindungan berkenaan.

Anaknya juga menyertai program sokongan bagi menangani trauma yang dialami nya akibat terdedah kepada keganasan keluarga.

Meskipun pada permukaaanya keadaan mereka sudah mula menjanjikan harapan, namun kehidupan mereka jauh daripada sempurna.

Lydia telah memfailkan perceraian dan mendapatkan hak penjagaan anaknya, tetapi suaminya terus mengganggu mereka.

Bagi Lydia dan anaknya, bekas luka emosi mereka berterusan, lama selepas luka fi zikal telah terubat.

Masalah yang melanda Lydia mungkin sudah berlalu berbanding dengan ramai mangsa penderaan.

Namun terdapat beberapa mangsa kembali kepada pendera, kadang-kadang bersama anak mereka.

Ramai daripada kita tidak faham mengapa mangsa masih sanggup menjalin hubungan yang menyakitkan hati mereka.

Alasannya, saya dimaklumkan rakan khidmat sosial saya, banyak dan berbeza sebabnya.

Ada yang percaya bahawa pendera boleh berubah.

Ada yang melakukannya bagi memastikan hubungan anak dengan kedua ibu bapa tidak putus.

Ada yang merasa bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang menyumbang kepada masalah penderaan. Ada yang tidak tahu pilihan lain.

Tetapi apa yang saya pelajari juga, ada sesuatu yang disebut “lingkaran keganasan”. Ia bermula dengan fasa pertama – di mana ketegangan mula muncul. Fasa kedua menyaksikan ledakan krisis. Fasa ketiga ada lah apa yang melemahkan kebanyakan mangsa – fasa berbulan madu. Ia adalah ketika pendera kononnya mahu bertaubat.

Pendera cuba memujuk rayu dan meminta maaf. Pendera memberi jaminan kepada mangsa bahawa apa yang terjadi hanyalah sekali dan tidak mungkin berulang. Mangsa berlembut, memaafkan dan cuba melupakannya. Tetapi ketegangan kembali semula.

Sebagai sebuah masyarakat, kita perlu akur bahawa tiada sesiapa yang seharusnya didera. Kejadian penuh tragik dan lingkaraan keganasan perlu dihentikan.

Di Singapura, Sistem Rangkaian Keganasan Keluarga Kebangsaan menarik ramai rakan kongsi masyarakat bagi menangani isu keganasan keluarga secara kolektif. Kami mempunyai undang-undang, peruntukan kaunseling, tempat perlindungan krisis dan Pusat Pakar Keganasan Keluarga berasaskan komuniti dan Pusat Pakar Perlindungan Kanak-kanak.

Polis bekerja rapat dengan kementerian saya bagi menangani isu ini, bersama rakan kongsi daripada badan kehakiman, penguatkuasaan undang-undang dan perkhidmatan sosial.

Kita – sebagai jiran, rakan sekerja, rakan dan keluarga, apa yang boleh kita lakukan? Adakah kita hanya berdiri dan berpeluk tubuh? Apakah selepas kita melihat tanda tetapi tetap mengabaikannya?

Bagaimanakah kita dapat mengekalkan hati nurani yang murni apabila kita melihat ke arah lain semata-mata kerana tidak mahu “masuk campur hal orang lain”?

Polis, pekerja sosial dan pendamping hanya boleh bertindak jika setiap daripada kita berwaspada dalam mengesan dan melaporkan perbuatan penderaan.

Kita semua boleh memainkan peranan, sebagai contoh hanya dengan mengetuk pintu jiran kita apabila kita melihat sesuatu yang tidak kena atau dengan mengetepikan masa kita untuk meringankan stres pihak pengasuh.

Langkah mudah ini mengingatkan semangat gotong-royong yang pernah wujud di Singapura. Marilah kita hidupkan semula semangat kampung ini yang boleh membantu mencegah masalah penderaan daripada te rus berleluasa.

Apabila “orang lain” adalah jiran kita, rakan sekerja, sahabat dan anggota keluarga, tidak ada alasan untuk kita tutup mata.

Walaupun “orang lain” adalah orang asing bagi kita, kita mesti melakukan perkara yang betul.

Dan kita sedar “perkara yang betul” adalah “masuk campur” kerana jika tidak “orang lain” mungkin mati.

Terdapat banyak “Lydia” dalam kalangan kita.

Setiap tahun, hampir 3,000 mangsa keganasan keluarga mendapatkan perintah perlindungan di Mahkamah Keadilan Keluarga. Mungkin lebih ramai lagi yang takut tampil bagi mendapatkan pertolongan.

Marilah kita membantu mangsa dan keluarga mereka bagi memecahkan lingkaran penderaan dan pengabaian mereka dan lakukannya lebih awal. Marilah kita bertindak, hulurkan tangan dan pecahkan kesunyian terhadap keganasan keluarga – hari ini.

Penulis Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan)

Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

Source: Berita Harian, Singapore Press Holdings Limited.

https://www.beritaharian.sg/wacana/masyarakat-punya-peranan-tangani-isu-keganasan-keluarga

The community has a role to play in tackling issues of family violence

I recently attended a conference by Casa Raudha Women Home on domestic violence. This sparked off a series of synapses, which I’m sharing here.

As a child, I would often hear this age-old adage from my elders “Jangan masuk campur hal orang lain”.

For them, dismissing a child’s inquisitiveness by telling them not to be a busybody is easier than getting them involved in the complexities of other people’s business.

I have always felt that there was something troubling about this piece of advice. While we want to keep our children safe and away from strangers, we also want them to be kind, compassionate and empathetic. Instead of telling our children to turn a blind eye to other people’s problems, we should teach them to speak out if they see wrong being done from an early age.

This rings true even more crucially now, as I see and hear of cases of domestic violence. Most happen behind closed doors. And the ones that break my heart the most, are the ones that involve children and vulnerable family members who cannot fend for themselves.

VIOLENCE HURTS

Sadly, some children suffer at the hands of the people who are supposed to provide them with care and safety – their parents and family members. Such abuse comes in the form of physical abuse, neglect or sexual abuse, which cause not only physical harm, but emotional and/or psychological harm to the children. Research has shown that such children exhibit higher rates of cognitive, psychological and emotional challenges.

In some cases, we see generations of families growing up with abuse. And the cycle perpetuates itself.

Recently, my colleagues shared with me the heart-breaking situation of a woman, Lydia*, a doting mother of a young child. Lydia had suffered violence at the hands of her husband and fled to a shelter with her young child. They stayed there for many months, during which she secured stable employment with the shelter’s help. Her child also attended the shelter’s support programme to cope with trauma – accumulated from long-term exposure to family violence.

While their situation is starting to look hopeful on the surface, their lives are far from mended. Lydia has filed for divorce and custody of her child, but her husband continues to harass them. For Lydia and her child, their emotional scars persist, long after the physical ones are no longer visible.

Yet Lydia may already seem enlightened, compared to many other victims of abuse. There are some who decide to return to their abuser, sometimes with children in tow. Many of us do not understand why victims stay on in a relationship that hurts them.

The reasons, I have learnt from my social service colleagues, are countless, and vary from relationship to relationship. Some believe that the abuser can change. Some do it to ensure that their children have contact with both parents. Some feel that they have done something to trigger the abuse. Some know no other options.

But what I have also learnt, is that there is something called a “cycle of violence”. It starts off with the first phase – where tension starts to build. The second phase sees the explosion – the crisis. The third phase is what misleads most victims – the honeymoon phase. It’s when the abuser appears to repent. The abuser cajoles, persuades and pleads for forgiveness. The abuser assures the victim that what transpired was a one-off episode, with no chance of a sequel unfolding. The victim relents, forgives and tries to forget. Until the tension starts to build again.

As a community, we must agree that no one deserves to be abused. That this tragic, vicious cycle of violence must stop.

In Singapore, our National Family Violence Networking System ropes in many community partners to address family violence issues collectively. We have robust laws, counselling provisions, crisis shelters and community-based Family Violence Specialist Centres and Child Protection Specialist Centres. The Police work closely with my Ministry to address this issue, alongside partners from the judiciary, law enforcement and social services.

For each one of us – as neighbours, co-workers, friends and family, what can we do? Do we simply stand by and do nothing? How can we see the signs and still ignore them? How can we maintain a clear conscience when we look the other way, because we don’t want to “masuk campur hal orang lain”?

Police, social workers and befrienders can only step in if each of us is vigilant in detecting and reporting suspected abuse. We can all play our part, for example simply by knocking on our neighbour’s door when we notice something amiss or by volunteering our time to relieve caregivers of their stress. These simple acts of kindness are reminiscent of the kampong spirit that Singapore once shared. Let us bring this spirit back. It can go a long way to prevent abuse.

When “orang lain” is our neighbour, co-worker, friend and family member, there really is no excuse for ignorance. Even if “orang lain” is a total stranger, we must do the right thing. And we know deep down that the “right thing” is to “masuk campur” if we have to. Because otherwise, “orang lain” may die.

There are many “Lydia”s in our midst. Each year, almost 3,000 family violence victims file for protection orders at the Family Justice Courts. There may be more who are afraid to seek help. Let us help these survivors and their families to break their cycles of abuse and neglect, and break them early. Let us step in, offer help and break the silence against family violence – today.

Writer Senior Parliamentary Secretary (Social and Family Development & Education)

Associate Professor Muhammad Faishal Ibrahim